Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ZAARA meant ZEHRA. Selamat membaca. Semoga dapat saling berkongsi informasi bermanfaat

Monday, August 22, 2011

Nak Gebu dan Lembutkan Kulit?

  
Tahu tak, susu dapat membantu menggebukan kulit? Nak buat homemade facial scrubs? Zaara kongsi sedikit info ini. Bahan-bahan dan caranya mudah saja. Jom cuba J..!~~~



Bahan-bahan yang diperlukan ialah :


  • 1.     Mangkuk kecil dan camca teh.
  • 2.   4-5 camca teh oat
  • 3.  4 camca teh susu segar (yang biasa kita minum sama ada full cream/low fat). Nak guna susu cair yang dalam tin pun boleh.


Cara-caranya pula ialah :


  • 1.     Masukkan 4-5 camca teh oat ke dalam mangkuk kecil.
  • 2.    Kemudian, masukkan 4 camca teh susu segar.
  • 3.    Gaulkan oat dengan susu segar tersebut hingga sebati.
  • 4.  Campuran oat dan susu segar yang telah sebati itu dibiarkan selama lebih kurang 3 minit.
  • 5. Setelah dibiarkan lebih kurang 3 minit, campuran tadi akan kelihatan sedikit mengembang. Jadi, ia sudah sesuai untuk disapukan pada wajah.
  • 6.    Sapukan campuran tersebut pada kulit wajah dan leher hingga betul-betul rata.
  • 7.    Biarkan ia kering lebih kurang selama 4-5 minit.
  • 8.  Setelah kering, gosok sedikit campuran tadi dengan lembut. Oat bertindak umpama scrubs yang boleh menanggalkan sel-sel kulit mati, manakala susu sebagai bahan pencerah kulit.
  • 9.    Bilaskan.


.: Setelah dibilas, wajah akan berasa lebih segar, bersih dan lebih cerah. Kulit juga lebih lembut dan gebu kerana susu boleh membantu menggebukan kulit :.


Psst : Sebenarnya inilah yang Zaara selalu buat di rumah kini. Ngeee =D.. Zaara selesa dengan cara ni, jadi nak berkongsi dengan para pengunjung blog ;)











No comments:

get this widget here