Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ZAARA meant ZEHRA. Selamat membaca. Semoga dapat saling berkongsi informasi bermanfaat

Friday, May 25, 2012

PERUBAHAN LANJUT MAYAT ~ PEMBUSUKAN MAYAT


Proses pembusukan mayat terjadi akibat tindakan enzim-enzim proteolitik yang terdapat dalam sel-sel jasad si mati. Apabila jantung berhenti mengepam darah, oksigen dan makanan tidak dapat diangkut ke sel. Karbon dioksida dan bahan kumuhan juga tidak dapat diangkut untuk dikumuhkan melalui organ-organ perkumuhan. Penimbunan asid laktik serta bahan yang bersifat toksik akan berlaku di dalam sel. Maka, kestabilan dan keutuhan membran sel tidak dapat dipertahankan. Organel dalam sel mula pecah, teruta­ manya lisosom yang mengandungi enzim-enzim proteolitik.

Enzim­-enzim ini mencernakan sel itu sendiri (autolisis). Selain itu, mikroorganisma juga memainkan peranan dalam proses pembusukan mayat. Kebanyakan mikroorganisma anerobik yang berasal dari usus akan mengeluarkan enzim untuk mencernakan sel dan tisu. Bahan kimia yang terkumpul dalam tisu yang telah membusuk ialah asid formik, asid asetik, asid butirik, asid valerianik, asid palmi­ tik, asid laktik, asid suksinik dan asid oksalik; amina; asid amino seperti leusina dan tirosina; dan berbagai-bagai bahan lain seperti indola dan skatole. Merkaptan terbentuk akibat pembusukan anerobik.

Setelah berlaku kematian, organisma dari usus akan masuk ke dalam darah dan merebak ke seluruh bahagian tubuh yang lain. Organisma anerobik lebih banyak dijumpai di dalam tisu yang membusuk5. Organ yang paling banyak menerima bekalan darah dan paling hampir dengan kawasan usus mengalami proses pembusukan yang paling awal. Di Malaysia, bahagian kanan dan kiri bawah abdomen (fossa iliak) boleh bertukar warna menjadi hijau dalam masa 18-24 jam setelah kematian jika mayat tidak diawet pada suhu yang rendah atau dengan bahan kimia.

Bakteria Clostridium welchii menghasilkan enzim lesitinase. Enzim ini menghidrolisiskan lesitin yang terkandung dalam kesemua membran sel termasuk sel-sel darah. Enzim ini bertanggungjawab terhadap hemolisis (pecahnya sel-sel darah) darah postmortem.

Pada suhu badan yang normal, Clostridium welchii membiak dengan baik. Bagaimanapun kadar pembiakannya menjadi perlahan apabila suhu menjadi rendah. Pada suhu kurang daripada 21oC, pembiakannya menghampiri kosong, walaupun kebanyakan enzim yang dihasilkannya masih meneruskan tindakan pada suhu ini. Oleh itu, sebahagian besar perebakan awal proses pembusukan dipengaruhi oleh sebab kematian, dan juga jangka masa suhu dalaman mayat kekal melebihi 21oC.

Jika si mati meninggal dunia akibat sekatan usus akut, bakteremia biasanya telah terjadi sebelum kematian. Oleh itu, organisma dari usus telah merebak ke seluruh tubuh dan hal ini menyebabkan proses pembusukan terjadi hampir serta-merta setelah mati, walaupun jika suhu tubuh turun dengan cepat. Dalam kebanya­ kan kes yang menunjukkan berlakunya bakteremia, suhu tubuh waktu mati lebih tinggi daripada biasa, kerana pesakit biasanya demam akibat bakteremia.

Suhu jasad si mati yang melebihi 21oC penting bagi mencepat­kan pembiakan mikroorganisma, dan seterusnya proses pembusukan. Apa-apa juga faktor yang dapat melambatkan penurunan suhu jasad selepas mati akan menggalakkan pembusukan mayat.

Warna hijau di fosa iliak akan bertukar menjadi merah tembaga. Garis-garis merah tembaga gelap ini merebak ke abdomen, dan seterusnya ke bahagian pangkal leher, lengan atas dan paha. Garis-garis ini ialah akibat pembusukan dan hemolisis darah dalam vena. Rupanya yang seperti lantai marmar ini menyebabkan ia dikenali sebagai "tanda marmar".

Di Malaysia, tanda marmar ini mula kelihatan lebih kurang 24 jam setelah kematian, tetapi nyata lebih jelas lebih kurang 36-48 jam setelah kematian.

Tidak berapa lama setelah adanya tanda marmar, beberapa gelembung kecil pula terbentuk. Biasanya gelembung ini terbentuk di bahagian abdomen dahulu. Gelembung ini membesar dan pecah, serta memberikan bau yang amat busuk. Hal ini berlaku lebih kurang 48-72 jam setelah kematian.

Pembusukan juga berlaku di organ dalaman. Otak menjadi lembik dan cair. Salur darah diwarnai oleh darah yang terhemoli­ sis. Gas pembusukan dihasilkan dalam organ dalaman. Gas busuk yang dihasilkan oleh proses pembusukan sering kali menjadi petan­ da bahawa terdapatnya mayat yang sedang membusuk di sekitar mereka, khususnya jika si mati meninggal dunia tanpa diketahui orang.

Mayat membengkak di bahagian bibir, buah zakar, vulva, abdomen dan anggota-angota lain. Mata mayat kelihatan tersembul. Najis kadang kala keluar melalui dubur, sementara isi gaster keluar melalui mulut dan hidung.

Kulit akan tertanggal dan terlucut daripada isinya seperti sarung tangan dan sarung kaki pada 3-4 hari setelah kematian.

Dinding abdomen lembik dan pecah bersama-sama bahagian toraks lebih kurang 5- 10 hari setelah kematian. Pada waktu ini, bebola mata termasuk ke dalam orbit, organ dalaman membusuk lanjut dan bahagian-bahagian tulang mula terdedah.

Organ dalaman seperti uterus dan prostat membusuk hingga tidak dikenali dan ini biasanya terjadi lebih kurang 2-3 minggu setelah kematian.





No comments:

get this widget here